Khamis, 17 Mei 2012

HARI GURU

Selamat Hari Guru buat semua yang bergelar guru samada yang penah mengajar aku atau x yang jatuh pada hari semalam iaitu 16 mei. Pagi-pagi akuda dikejutkan dengan bunyi msg. Ingatkan sape la upenye my 'student' aku iaitu Husna. Tengahri skit sorang lg iaitu Fyna pulak yang msg.. X sangka la pulak depa ni wish cam tuu.. cam mcm bebudak ni.. terharu nih.. heheh

Liana, Ct & Aku
Hari ni buka je FB mesti ader yang update berkenaan ngan hari guru terutama kwn yang bergelar guru ngan bdak2 remaja. teringat jugak masa zaman- zaman dulu. Macam-macam hal budak sekolah buat sebab kononnya cikgu xkan marah pada hari tu.. buat la papee kompom cikgu x ambik tindakan. Perbuatan yang seolah-olah mencabar kesabaran guru tp bukan aku la. Aku just nak refresh memori mase skolah dulu. Pernah terjadi pelajar di tingkat dua buang sampah ke tingkt bawah. sapu sampah tp buang mcm tu jee.. dpan mata aku n time tu jugak cikgu disiplin lalu iaitu pn. zaizan. Aku ingat lg namanya.  Cikgu ni mmg tegas. Pelajar yang rasa bersalah mmg xkan berani buat2 bertembung dengannya. Tengok mata dia saje buat rasa serba salah. Tapi hari tu mmg muka cikgu Zaizan n the Gang macam sabo je..  hahahah..

Aku pun mase skolah dulu xder la bg sangat adioh kat ckgu2. Duit xder la katekann... Aku bagi kat sorng cikgu je iaitu Teacher Rohaida Ngah. Tu pun beri sorok2 sebab x nak cikgu lain yang mengajar aku nampak. Ye la nnti kalu nampak kecik hati pulak sbb diorng yang ngajor pun x dapat. Tapi walau x bagi bukan bermakna x hargai guru. Maklumla kekangan kewangan. 

Tapi pelajar skarang sebahagian besar seolah-olah kurang menghargai ilmu yang diberi. Banyak kes pukul cikgu, cikgu dpt saman dr ibubapa dan banyak lagi la seolah cikgu hanya ada hak untuk mengajar je bukan mendidik. Bagi aku guru bukan sahajacdilihat sebagai tenaga pengajar tp mereka jugak adalah pendidik. Buruk baik perilaku pelajar adalah dari rumah juga bukan sekolah semata-mata. Boleh dikatakan separuh dari waktu siang pelajar berada di sekolah so dari situ lah guru bertanggungjawab menggantikan tugas ibu bapa sekaligus digelar pendidik. Tugas murni itu besar pahala serta cabarannya.

Cikgu Hj.Kipayatullah & Teacher Rohaida Ngah
Walaupun ketika alam persekolahan aku mungkin tidak begitu menghargai jasa sebahagian guru tapi percayalah selepas berdepan dengan kehidupan sebenar aku lebih menghargai guru walaupun telah lama meninggalkan alam sekolah. Jasa mereka tidak ternilai dengan wang ringgit serta kata-kata walaupun kegigihan mereka dibayar dengan wang ringgit. Kejayaan guru adalah kejayaan pelajar sepertimana kejayaan cikgu Kipayatullah hari ini yang telah bergelar Timbalan pengarah Pendidikan Daerah Besut selepas kejayaan besar keputusan subjek Prinsip Akaun batch aku SPM 2001.

Apepun aku mengharapkan yang terbaik dari sume. Selamat Hari Guru skali lagi tuk semua. Sekian.

Selamat Malam & Wassalam.

* Coret-coret:  Gudnite u too dear My Cefiro..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan