Jumaat, 30 Mac 2012

ALAHAI CIKMOH..

Fatimah Che Jusoh
Salam Pagi, skarag aku berada di Hospital Besar Sultanah Nurzahirah. Cikmoh (mak sedara) masuk ICU. mlm jd aku take ober jaga. sian tgk anaknya shikin yg jaga tido spital menunggu mak dia. dia tu la anak tunggal. Arap ke kakok n abang spupu ni laa ader bg semangat kat dia. 

Keadaan cikmoh punx stabil lagi. jantungya pun x stabil. Kami anak beranak hanya mampu berdoa & selebihnya terserah pada Allah.. Aku pun x tau la balik bile ni.. asalnya tengahri ni sbb bos bg time sampai tengahri tp mlm td pt msg dr bos suh hold balik sehingga ahad ini.. Bos tu pun terpaksa ke LOndon. Sumenya benda yg x boleh nk dibatalkan. keeadaan yangsedikit serba salah. aku bersyukur sbb tempoh duk ganu dilanjutkan. so kesempatan ni aku guna utnuk menjaga cikmoh.

Kekadang duk sesaje teringat mse dia sehak.. ader je benda yang melucukan.. Aku ngan cikmoh mmg jenis gurau sokmo kalu sesekali balik kg. Biasanya klu g umah dia mesti da sambut dengan senyuman xcited ye tuhh.. Kalu dang citer arap ar, tambah2 citer gosip tp xder ar gosip yg lbh2 atau lbih dikenali dgn ngumpat.. dia duk bercerita tentang benda2 yang lucu jee...

Time ni aku dlm bilik "pelawat menunggu'.. tengah dikelilingii oleh makcik2, akak2 yang menunggu keluarga  masing2. Ader je citer yang di bualkan berkenaan dengan anak masing-masing. Tersenyum jugak dengor loghat trg yang dibualkan mereka. Bukan pe kekadang ader loghat ganu yang aku sndiri jarang @ x penah guna. tu yang lucu.. klu cikmoh sehak & dengor gaya makcik2 ni sembang mesti  cikmoh da turut gelak jugok nie.. alahai cikmoh Arap sume nye selamat,


Ya Tuhan sesungguhnya hanya ENgkau yang mengetahui yang tersurat lagi tersirat. Amin...



Selasa, 27 Mac 2012

KEBANGGAAN DARUL FUQAHA


Anak miskin hafaz 30 juz al-Quran di Darul Fuqaha, Mohd Nizar Ishak berjaya mendapat 7A dalam SPM 2011 yang diumumkan baru-baru ini. Mohd Nizar yang merupakan anak sulong daripada 10 orang beradik ini datang dari sebuah keluarga miskin di kg Sg Simpul, Ijok, Batu Kurau, Perak. Seramai 6 orang di kalangan pelajar Darul Fuqaha mengambil peperiksaan tersebut tahun lalu.
Mohd Nizar merupakan anak didik sepenuhnya Darul Fuqaha yang mendaftar pada awal 2004 untuk kemasukan tahun 4 di peringkat sekolah rendah. Pada tahun 2009 ketika di tingkatan 3 beliau telah berjaya menghafaz 30 juzuk al-Qur’an dan seterusnya menjadi pembimbing kepada rakan-rakannya yang lain untuk menghafaz al-Qur’an, demikian menurut kenyataan rasmi diemail kepada Malaysiatransform.
Sekarang, di samping mengikuti pengajian Tafaqquh untuk memantapkan ilmu dan kefahaman agama khususnya bahasa Arab di Darul Fuqaha, beliau juga menjadi guru di Darul Fuqaha bagi memanfaatkan ilmunya untuk anak-anak Darul Fuqaha.
Menurut Dr. Khairuddin at-Takiri, pengasas Darul Fuqaha, pelajar cemerlang Mohd Nizar akan diuruskan untuk menyambung pengajian di Universiti of Jordan dengan pembiayaan Darul Fuqaha, manakala baki pelajarnya akan ke universiti-universiti di Yaman.
Para penyumbang yang berminat membantu membiayai pengajian Mohd Nizar dan rakan-rakannya untuk pengajian di luar Negara dialu-alukan, dan boleh berhubung dengan Ustaz Azlan, penolong kanan Darul Fuqaha di talian 0192677703
Darul Fuqaha merupakan pusat pengajian integrasi menggabungkan pengajian tahfiz, agama dan akademik KBSM yang diasaskan oleh Ust Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri pada tahun 2004 berpusat di Sg. Merab, Bangi, Selangor.


Rabu, 14 Mac 2012

CINTA DAN BENCI


hahahahaha tengok pada tajuk macam suspen je kan.. sajee jee nk test haha.. ni duk tengah siapkan sedikit design iklan sesambil duk spin lagu Cinta dan Benci -Giesha & Dadali- Disaat aku mencintaimu dari td.. layanla jugak dengornya.. Tengah memikir idea nihhh .. aduyaii.. idea idea mane kauuuu..!!

Tak de kena mengena lansung ngan Tajuk, cite ngan gamboo.. ape- apee je laaa... biol skit mlm nii..yang pasti time ni sume tidoo.. hantu pun tido agaknyaaaaa..

Nyamuk pun samee sbuk je duk menjalankan operasi menghisap darah.. xder koje lain ke nyamuk.? dari bg kat ko wahai sang nyamuk baik derma darah kat tabung darah negara ader gak pekdahnya tp tu la, nyamuk da diciptakan untu, hisap darah. Ngantukknyee la .. aduyai.

ok lah nak sambung sikit lgi pahtuu mmg tidoo.. x tahan da mata niee...

Selasa, 13 Mac 2012

TRAGISNYA KEMATIAN ADIK NURUL NADHIRAH

Tersentap jiwa wanita aku pabila mendengar berita tentang tragisnya nasib seorang kanak-kanak penghuni syurga pabila jasadnya dibakar hingga rentung yang dilakukan oleh individu laknatullah yang berhati kering. Apelah salah kanak-kanak yang berusia 5 tahun itu hingga jasadnya dihancurkan oleh tangan-tangan orang yang jahil itu.Tidak adakah secebis kasih sayang pada makhluk hingga sanggup bertindak sedemikian.

Nurul Nadhirah Abdullah, 5 tahun.
Berita kanak-kanak itu hilang pada 1 Mac lalu tersebar dikaca tv dan juga akhbar. kes itu pada mulanya hanya disiasat sebagai kes orang hilang namun setelah satu rangka mayat ditemui dan setelah keputusan ujian DNA dijalankan mengesahkan bahawa rangka itu adalah Nurul Nadhirah Abdullah 5 tahun, kanak-kanak yang dilaporkan hilang pada awl bulan lalu ditemui di Taman Desa Damai. Pihak Polis telah pun mengesahkan tentang kejadian itu.

Secara zahirnya, kita sudah mengetahui yang bahawa kanak-kanak ini adalah tempatnya disyurga namun fitrah manusia sendiri tidak dapat mengelak daripada pelbagai pergolakan perasaan daripada berita ini menyakitkan ini. Pelbagai kritikan  yang luahan dari hati seluruh rakyat malaysia atas simpati yang terjadi pada ibubapa pada kanak-kanak malang ini namun yang mampu aku katekan "Berat Mata Memandang, Berat Lagi Bahu Yang Memikul". Dan ape yang boleh aku ungkapkan disini aku sangat bersimpati atas ape yang terjadi & mengharapkan keluarga ini kuat & sabar atas ape ujian yang melanda mereka.

Ku mohon agar perkara sedemikian dijauhkan terjadi pada diriku, keluarga mahupun kawan-kawan. Pihak polis memulakan siasatan kerana mengklasifikasikan kes itu sebagai kes pemmbunuhan.Semoga nasib kanak-kanak ini terbela iaitu dengan penangkapan segera pembunuhnya.Semoga juga jenazah Nurul Nadhirah ini ditempatkan dikalangan yang selayaknya seprti yang telah dijanjikanNya. Amin...

Al Fatihah....

Jumaat, 9 Mac 2012

SELIPARKU

Salam.. ermm time menulis ni aku duk dlm kete otw balik Terengganu, balik pun tumpang kete kawan nie. Tumpang kete Bodyguard Ct. Jalan pun lebih sesak la jugak tetapi xder la sampai kete x bergerak. Mybe ramai yang berpusu-pusu pulang ke kampung halaman masing2 exspecially ke pantai timur.

Point malam ni nk kongsikan story berkenaan dengan SAMAK. Tau x berkenaan samak..? hahahaha .. Sekadar tahu tp tak alami pun x tau jgak kan.? Ok kesempatan nie aku nak kongsikan pengalaman berkenaan samak. Citernya berlaku pada tahun 2010 ketika team aku berkunjung ke  Alor Setar, Kedah. Mase ada join Suarasa TV9. 

Pada malam terakhir aku berada di Alor Setar. Ni time balik la ni, mase van kami sampai kat umah, Anjing memang tengah syok melilau sesambil menjilat selipar akuu. time aku tengok anjing sedang bahagia menjilat selipar aku tuh menjerit la jugak sposen aku ni & memang dalam otak aku ni selipar tu mmg  aku x akan ambik laa.. lantakk ar kat c2.. kebetulan malam tu sememangnya hujan gak.. Memang selipar aku je ade kt situ.

Keesokkannya mase nak gerak balik, Bos aku pun tanye la selipar sape yang tertinggal tu. So dengan kecewanya aku ngaku selipar tu aku yang punyee & aku cerita la kenapa selipar tu hharus ditinggalkan. Seleas Bos aku dengan story aku tu di terus ambik selipar tu n tunjukkan cara samak.. Pe susah katenyee, samak jee laa.. Aku pun memang x terpikir lansung nak samak ke pe kee..

Kebetulan pulan ade lopak air sebab hujan malam td so dia tunjukkan lah cara samak yang sangat simple tuu..  Bos yang buat bukan aku. Lepas celup  7 kali (7 x ek? lupa lak) dia terus bawa selipar tu ke sinki dlm umah. finally, sumenya settle.... hahhahh simple je aku tengok tp tu lah kekadang walaupun kite tahu tp keadaan was-was masih ada. So bila melihat secara praktikal aku merasa yakin untuk dilakukan sekiranya perkara ini berulang kembali.

Seliparku juga selamat dibawa balik ke bangi dengan jayanya.. hahha terima kasih yang x terhingga pada bos ku iaitu Ust. Dr Mohd Khairuddin at-Takiri kerana dengan sedikit ilmu yang diajar  sangat memberi manfaat untuk aku. Dalam kesulitan itu lah aku dapat menimba secebis ilmu. 

Ust.Dr.Mohd Khairuddin at-Takiri & Pn. Norhayati Abd Malek
Pepatah mengatakan ilmu bukan sahaja ada di sekolah, kolej ataupun dimana universitii yang pelbagai taraf bahkan ilmu itu boleh diperoleh dimana-mana, disekiling tanpa kita sedari jua.