Selasa, 27 Mac 2012

KEBANGGAAN DARUL FUQAHA


Anak miskin hafaz 30 juz al-Quran di Darul Fuqaha, Mohd Nizar Ishak berjaya mendapat 7A dalam SPM 2011 yang diumumkan baru-baru ini. Mohd Nizar yang merupakan anak sulong daripada 10 orang beradik ini datang dari sebuah keluarga miskin di kg Sg Simpul, Ijok, Batu Kurau, Perak. Seramai 6 orang di kalangan pelajar Darul Fuqaha mengambil peperiksaan tersebut tahun lalu.
Mohd Nizar merupakan anak didik sepenuhnya Darul Fuqaha yang mendaftar pada awal 2004 untuk kemasukan tahun 4 di peringkat sekolah rendah. Pada tahun 2009 ketika di tingkatan 3 beliau telah berjaya menghafaz 30 juzuk al-Qur’an dan seterusnya menjadi pembimbing kepada rakan-rakannya yang lain untuk menghafaz al-Qur’an, demikian menurut kenyataan rasmi diemail kepada Malaysiatransform.
Sekarang, di samping mengikuti pengajian Tafaqquh untuk memantapkan ilmu dan kefahaman agama khususnya bahasa Arab di Darul Fuqaha, beliau juga menjadi guru di Darul Fuqaha bagi memanfaatkan ilmunya untuk anak-anak Darul Fuqaha.
Menurut Dr. Khairuddin at-Takiri, pengasas Darul Fuqaha, pelajar cemerlang Mohd Nizar akan diuruskan untuk menyambung pengajian di Universiti of Jordan dengan pembiayaan Darul Fuqaha, manakala baki pelajarnya akan ke universiti-universiti di Yaman.
Para penyumbang yang berminat membantu membiayai pengajian Mohd Nizar dan rakan-rakannya untuk pengajian di luar Negara dialu-alukan, dan boleh berhubung dengan Ustaz Azlan, penolong kanan Darul Fuqaha di talian 0192677703
Darul Fuqaha merupakan pusat pengajian integrasi menggabungkan pengajian tahfiz, agama dan akademik KBSM yang diasaskan oleh Ust Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri pada tahun 2004 berpusat di Sg. Merab, Bangi, Selangor.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan