Jumaat, 9 Mac 2012

SELIPARKU

Salam.. ermm time menulis ni aku duk dlm kete otw balik Terengganu, balik pun tumpang kete kawan nie. Tumpang kete Bodyguard Ct. Jalan pun lebih sesak la jugak tetapi xder la sampai kete x bergerak. Mybe ramai yang berpusu-pusu pulang ke kampung halaman masing2 exspecially ke pantai timur.

Point malam ni nk kongsikan story berkenaan dengan SAMAK. Tau x berkenaan samak..? hahahaha .. Sekadar tahu tp tak alami pun x tau jgak kan.? Ok kesempatan nie aku nak kongsikan pengalaman berkenaan samak. Citernya berlaku pada tahun 2010 ketika team aku berkunjung ke  Alor Setar, Kedah. Mase ada join Suarasa TV9. 

Pada malam terakhir aku berada di Alor Setar. Ni time balik la ni, mase van kami sampai kat umah, Anjing memang tengah syok melilau sesambil menjilat selipar akuu. time aku tengok anjing sedang bahagia menjilat selipar aku tuh menjerit la jugak sposen aku ni & memang dalam otak aku ni selipar tu mmg  aku x akan ambik laa.. lantakk ar kat c2.. kebetulan malam tu sememangnya hujan gak.. Memang selipar aku je ade kt situ.

Keesokkannya mase nak gerak balik, Bos aku pun tanye la selipar sape yang tertinggal tu. So dengan kecewanya aku ngaku selipar tu aku yang punyee & aku cerita la kenapa selipar tu hharus ditinggalkan. Seleas Bos aku dengan story aku tu di terus ambik selipar tu n tunjukkan cara samak.. Pe susah katenyee, samak jee laa.. Aku pun memang x terpikir lansung nak samak ke pe kee..

Kebetulan pulan ade lopak air sebab hujan malam td so dia tunjukkan lah cara samak yang sangat simple tuu..  Bos yang buat bukan aku. Lepas celup  7 kali (7 x ek? lupa lak) dia terus bawa selipar tu ke sinki dlm umah. finally, sumenya settle.... hahhahh simple je aku tengok tp tu lah kekadang walaupun kite tahu tp keadaan was-was masih ada. So bila melihat secara praktikal aku merasa yakin untuk dilakukan sekiranya perkara ini berulang kembali.

Seliparku juga selamat dibawa balik ke bangi dengan jayanya.. hahha terima kasih yang x terhingga pada bos ku iaitu Ust. Dr Mohd Khairuddin at-Takiri kerana dengan sedikit ilmu yang diajar  sangat memberi manfaat untuk aku. Dalam kesulitan itu lah aku dapat menimba secebis ilmu. 

Ust.Dr.Mohd Khairuddin at-Takiri & Pn. Norhayati Abd Malek
Pepatah mengatakan ilmu bukan sahaja ada di sekolah, kolej ataupun dimana universitii yang pelbagai taraf bahkan ilmu itu boleh diperoleh dimana-mana, disekiling tanpa kita sedari jua.

2 ulasan: