INFO SIHAT & CANTIK

EPAL


Epal mengandungi gula semulajadi yang membantu untuk menahan keinginan memakan makanan yang tinggi gula prosesnya.

--------------------------------------------------------------------------

SALAD


Salad tidak lagi bersifat rendah lemak jika terlalu banyak 'dreesing' kerana 'dressing' boleh menambah 100 kalori. Salad tanpa 'dressing' hanya mengandungi kira-kira 25 kalori per setengan cawan sajian.

----------------------------------------------------------------------------

 MANGGA

Isi buah mangga yang masak mengandungi lebih kurang 15 peratus gula, satu peratus protein serta vitamin A, B dan C yang tinggi. Buah mangga baik untukmusu dan melancarkan proses pencernaan.

------------------------------------------------------------------------


PISANG



Mengandungi vitamin dan zat mineral yang tinggi. Makan pisang sebanyak-banyaknye pada waktu pagi bersama air putih sebagai sarapan.

------------------------------------------------------------------------

BUAH OREN

Kandungan vitamin C dan bahan antioksidani yang terkandung di dalamnye juga dapat membantu mengurangkan kadar kolesterol dalam darah.

-----------------------------------------------------------------------------------

 BAWANG PUTIH


Bawang putih juga dikatakan dapat membantu mengurangkan kadar kolesterol berlebihan secara tradisi. Rebus bawang putih atau makan secara mentah. Ia bertindak membantu mengurangkan rembesan kolesterol oleh hati.

--------------------------------------------------------------------------------------

BUAH ZAITON


Kandungan minyak yang terkandung dalam buah zaitun ini dapat membanti melindungi kita daripada risiko diserang diabetes dan sakit jantung.


--------------------------------------------------------------------------------

Khasiat Betik


Betik - kaya dengan vitamin A, vitamin C dan juga kalium. Selain itu terdapat kalsium, besi, tiamin, riboflavin dan niasindalam betik. Jumlah kalorinya sangat rendah. Kesemua nutrien yang terdapat di dalam sebiji buah betik dapat membantu mengurangkan risiko kanser, penyakit jantung dan strok.

(sumber dari: blog melayu.net)
----------------------------------------------------------------------------

Kelebihan Biji Aprikot
Biji Aprikot - Merupakan bahan makanan yang paling kaya dengan vitamin B17. Vitamin ini berfungsi untuk membunuh sel-sel kanser. Selain itu biji apricot juga dipercayai mempunyai khasiat sebagai anti penuaan, meningkatkan sistem imuniti serta. Mengurangkan jerawat dan bintik hitam pada wajah.  Malahan biji apricot juga diyakini dapat membantu menangani masalah dalaman wanita dengan melancarkan haid serta mengurangkan msalah keputihan dan senggugut.

(sumber dari: blog Rd Beauty)
-----------------------------------------------------------------------------

Kelebihan Oat


Oat - adalah makanan terbaik untuk semua peringkat umur dan mengandungi banyak kalsium, protein, magnesium, zat besi, zink, kuprum (copper), mangan (manganese), tiamin, vitamin E dan fitokimia yang membantu menentang penyakit. Pakar pemakanan menekankan keberkesanan Oat sebagai rumusan paling semulajadi untuk menjaga kesihatan. Antaranya mencegah penyakit jantung, menghapuskan kolesterol berlebihan, menyihatkan usus, membantu penghadaman dan meredakan buasir dan sembelit.

(sumber dari: blog Rd Beauty)
-----------------------------------------------------------------------

Iskkk.. Susahnyee Mauu Tidooo..!


Mempunyai masalah gangguan tidur atau insomnia.? Rasanya inilah masa yang terbaik untuk anda  mengambil susu panas, kerang dan makanan yang berserat untuk mengatasinya. menurut profesor makanan dari New York, terdapat beberapa makanan yang baik untuk membantu mengatasi masalah tidur.  Makanan  yang mengandungi asid amino 'trytophan' ayam dan susu akan diubah menjadi 'serotonin' di dalam tubuh yang kemudiannya diubah menjadi 'melatonin'. Kedua-dua asid inilah yang akan  membuatkan anda lebih relaks dan mudah mengantuk.

(sumber dari; majalah Rapi)
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Jambu Batu - Turunkan Kadar KOLESTEROL



Biarpun pendapat mengatakan memakan jambu Batu boleh menyebabkan penyakit Apendiks, namun jangan ada yang salah faham. Buah yang sering dijadikan pencuci mulut ini sebenarnya berkhasiat membekalkan vitamin dan mineral kepada tubuh. Ia juga mampu menurunkan kadar kolesterol sebanyak 18.8% dalam darah. Menarik kan?? Bagi memastikan khasiatnya berupaya bertindak balas kepada tubuh dengan lebih berkesan, amalkan pengambilan jambu batu setiap hari dalam jumlah yang mencukupi.

(sumber dari; majalah Rapi)
-------------------------------------------------------------------------

Jangan Abaikan NASI


Pakar Diet selalu sarankan bahawa untuk mengurangkan pengambilan makanan yang berkarbohidrat tnggi terutamanya nasi sekiranya mahu menurunkan berat badan. Tapi tidakkah anda sedar, punca utama tenaga iaitu sebanyak 60% hingga 70% masihdatang daripada nasi? Puratanya 100 gram beras mengandungi 300 hingga 350 kalori. Manakala kalori yang diperlukan oleh seorang dewasa ialah 2004 kalori, iaitu hampir sama dengan tiga - enam mangkuk nasi. Jadi tidak salah makan nasi kerana ianya baik untuk kesihatan.

(sumber dari; majalah Rapi)
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kurangkan pengambilan Daging Merah

Anda gemar makan daging merah..?? Mungkin selepas membaca fakta ini akan membuatkan anda mengurangkan pengambilan daging merah. Walaupun daging merah kaya dengan protien tetapi ianya tiodak boleh diambil berlebihan kerana pola makan tinggi protien boleh menyebabkan penurunan massa tulang. Bagi mendapatkan keperluan protien yang diperlukan oleh badan, tidak semestinya anda memakan daging merah sebaliknya anda boleh menggantikannya dengan dua gelas yogurt rendah lemak, sebiji telur, keju rendah lemak, tauhu atau susu krim.

(sumber dari; majalah Rapi)
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------