Selasa, 13 Mac 2012

TRAGISNYA KEMATIAN ADIK NURUL NADHIRAH

Tersentap jiwa wanita aku pabila mendengar berita tentang tragisnya nasib seorang kanak-kanak penghuni syurga pabila jasadnya dibakar hingga rentung yang dilakukan oleh individu laknatullah yang berhati kering. Apelah salah kanak-kanak yang berusia 5 tahun itu hingga jasadnya dihancurkan oleh tangan-tangan orang yang jahil itu.Tidak adakah secebis kasih sayang pada makhluk hingga sanggup bertindak sedemikian.

Nurul Nadhirah Abdullah, 5 tahun.
Berita kanak-kanak itu hilang pada 1 Mac lalu tersebar dikaca tv dan juga akhbar. kes itu pada mulanya hanya disiasat sebagai kes orang hilang namun setelah satu rangka mayat ditemui dan setelah keputusan ujian DNA dijalankan mengesahkan bahawa rangka itu adalah Nurul Nadhirah Abdullah 5 tahun, kanak-kanak yang dilaporkan hilang pada awl bulan lalu ditemui di Taman Desa Damai. Pihak Polis telah pun mengesahkan tentang kejadian itu.

Secara zahirnya, kita sudah mengetahui yang bahawa kanak-kanak ini adalah tempatnya disyurga namun fitrah manusia sendiri tidak dapat mengelak daripada pelbagai pergolakan perasaan daripada berita ini menyakitkan ini. Pelbagai kritikan  yang luahan dari hati seluruh rakyat malaysia atas simpati yang terjadi pada ibubapa pada kanak-kanak malang ini namun yang mampu aku katekan "Berat Mata Memandang, Berat Lagi Bahu Yang Memikul". Dan ape yang boleh aku ungkapkan disini aku sangat bersimpati atas ape yang terjadi & mengharapkan keluarga ini kuat & sabar atas ape ujian yang melanda mereka.

Ku mohon agar perkara sedemikian dijauhkan terjadi pada diriku, keluarga mahupun kawan-kawan. Pihak polis memulakan siasatan kerana mengklasifikasikan kes itu sebagai kes pemmbunuhan.Semoga nasib kanak-kanak ini terbela iaitu dengan penangkapan segera pembunuhnya.Semoga juga jenazah Nurul Nadhirah ini ditempatkan dikalangan yang selayaknya seprti yang telah dijanjikanNya. Amin...

Al Fatihah....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan