KOTA TINGGI - Seorang lelaki warga emas dikenali sebagai ‘Pak Uban’ menjadikan sebuah pondok dalam kawasan hutan di Batu 16, Jalan Mawai, dekat sini, sebagai tempat pelacuran.
Namun, tindakan lelaki berusia 65 tahun itu terbongkar apabila dia ditahan polis dalam satu serbuan jam 6.30 petang, kelmarin.
Turut ditahan adalah tiga wanita warga asing berusia 29 hingga 36 tahun.
Dalam serbuan itu, polis merampas wang tunai RM2,421; empat cakera padat digital (DVD) lucah; lima telefon; lima bungkus kondom dan ubat pencegah kehamilan.
Timbalan Ketua Polis Kota Tinggi, Deputi Superintendan Muhammad Shamsuddin berkata, pihaknya melakukan intipan sejak dua minggu lalu selepas menerima maklumat berhubung kewujudan sindiket pelacuran itu yang beroperasi kira-kira satu kilometer ke dalam hutan dari Jalan Utama Mawai.
Menurutnya, lelaki terbabit menyediakan sebuah pondok kecil untuk perkhidmatan seks, di samping sebuah lagi pondok untuk pelanggannya berehat.
“Lelaki terbabit mengaku mengendalikan tiga wanita warga asing itu ketika ditahan, selain mengenakan bayaran RM50 untuk setiap perkhidmatan ditawarkan kepada orang ramai termasuk penduduk setempat,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi, semalam.
Muhammad berkata, pihaknya juga mendapati semua wanita terbabit mempunyai dokumen perjalanan sah dan lengkap untuk tujuan sosial.
“Ketiga-tiga wanita ini direman selama 14 hari sehingga 25 November depan dan disiasat mengikut Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963.
“Manakala lelaki terbabit direman selama tujuh hari sehingga 20 November depan dan disiasat mengikut Seksyen 372A Kanun Keseksaan,” katanya.
Serbuan ke sarang maksiat itu diketuai Ketua Balai Polis Mawai, Sarjan Ibrahim Mamat bersama enam anggotanya.
Kata-kata penulis: Sepatutnya dikala umur yang sudah senja begini seharusnya lebih banyak mendekati Allah serta menikmati kenikmatan hidup dengan rahsia alam ini. Sungguh sedih melihat kedaifan beliau dlm meniti usia diakhir waktu. Semoga beliau diberi hidaya olehNya. Amin..

Tiada ulasan:
Catat Ulasan