Ahad, 11 Disember 2011

CORETAN DINIHARI...

Assalamualaikum.. setelah lama tidak mencoretkan sebarang catitan dan saat yang berpeluang ini akanku coretkan seberapa yang termampu. Abis training di gelanggang td, kpala da berputar nak post something kat blog tp tu laa dah x ingat ape yg nak tulis.. Idea datang x kira waktu tp waktu pulak x membenarkan idea itu dizahirkan disini. ape bolehh buat.. nasib.. nasib..

Mata makin ngantuk tp jari rasa sayang untuk meninggalkan blog ni tanpa sebarang catitan yang sepatutnya.. tp kan tetibe jee mata cerah sbb ader beberapa teman yang sudi chat.. hahahah mcm berpakat jee.. panggil sorng jee tetiba  yg lain pon dtg hahaha..

Tak lama lagi bulan baru yang x berapa nak Islam ni menjelma. cepatnya masa berlalu. Ape pengisianku dalam setahun..? ape yang aku buat..? jika boleh nampak dgn mata kasar kan bagus mcm video flash back. Kalau la dapat mcm tu mesti manusia lagi malas, xder daya usaha sebab benda boleh ubah. Segala cacat cela akan dihasi dengan perubahan yang seperti masing-masing inginkan. Sesungguhnya Allah Maha Besar dan Maha Bijaksana.

Tapi jika difikirkan kenapa masyarakat lebih ingat dan membesarkan tahun baru omputih dr Islam termasuk aku. Tapi aku x penah sambut pun tahun baru. kekadang orang lain sibuk ekstrim countdown, aku dah krohh krohh daa,.. Secara realitinya macam tu la.. sambutan Muharam dibuat di dewan tp sambutan Januari di stadium, dataran2 besar diseluruh negara, percikan bunga api. Tahukan kite berapa perbelanjaan  sebenar dihabiskan untuk semua ini..? xtau kann..? aku pun x tau tp hakikatnya xkan la habis rm50k jee.. tak logik kan..?  Tapi bile ader suara bangkitkan isu ini, mereka akan digelar cuba menceroboh @ merosakkan keamanan negara. Mana mungkin perkara itu diinginkan. Setiap manusia yg hidup inginkan keamanan, kesejahteraan tapi hakikatnya juga kite tidak diberi peluang untuk bersuara.

Ia boleh diibaratkan dalam rumahtangga, setiap pasangan pasti inginkan kebahagian dan keamanan dalam rumah tangga berkekalan hingga hujung nyawa tp manusia memang mempunyai perilaku dan pemikiran yang berbeza. Akan ada perbezaan pendapat dan pendapat itu diutarakan bagi mengukuhkan ikatan bukan untuk kehancuran. Tiada psangan yang berkahwin bercita-cita untuk bercerai. Wallahualam..

Cuba kite selami adakah hadirin yang memenuhi dewan untuk menyambut  Muharram itu adalah kerana mereka berniat untuk datang ataupun hanya para jemputan..? kalu ada hanya beberapa kerat sebab tiada dewan yang mampu menampung hadirin seramai 10ribu orang. Akan tetapi sebuah stadium mampu memuatkan sehinggan 80ribu manusia.

Kenapa kite lebih bimbangkan Melayu akan hilang di Malaysia? Kenapa kita tidak dahulukan jua Islam akan hilang di Malaysia......?


Renung-renungkan dan selamat beramal....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan