Jumaat, 23 Disember 2011

SALAM JUMAAT

Gambar ni diambil pada beberapa minit yang lalu. Saje je nk post. Sebenarnya nk gtau produk yang menjadi background tu skali. hehehe.. Pada kalian yang berminat untuk kecantikan diri bleh la cuba dengan produk ni. Bagi yang mempunyai masalah berat badan pun ader ikhtiarnya iaitu Mysecret Gold. Keberkesanan sudah terbukti oleh sebahagian pengguna yang menggunakannya, Alhamdulillah.

Bagi yang mempunyai masalah kulit yang berjerawat, berjeragat, kulit kusam dan sebagainya boleh cuba pakai RD Beauty. Sangat membantu meredakan masalah yang dihadapi. RD Beauty mula mendapat tempat dihati pengguna2 kami tentang keberkesanannya & saya sendiri telah mengalami perubahannya. 

Saya sebelum ini memang mempunyai pelbagai masalah seperti migrain, senggugut, gastrik, kulit yang berjerawat. Jerawat yang agak tegar hhehe. Masalah senggugut yang saya alamai sebelum ni agak teruk. Hampir  8 tahun saya menanggung masalah ini yang setiap bulan akan saya alaminya. Ianya cukup memeritkan serta menggangggu aktiviti harian saya. Hampir setiap bulan juga saya akan ambil cuti sakit. Saya juga ada mencuba perubatan kampung dan selalu makan ubat  penahan sakit hingga sampai satu tahap saya sudah give up dengan tahap kesihatan saya, badan pun kian lemah kerana terlalu banyak makan banyak ubat klinik. Saya ada mencuba pelbagai jenis produk kesihatan namun kurang berhasil mungkin tidak sesuai dengan saya.

Setelah mencuba produk keluaran Dhatiku Marketing, Alhamdulillah masalah senggugut  yang saya hadapi  tiada lagi. Badan makin sihat serta masalah lain juga berkurangan SAya sangat bersyukur dengan perubahan positif yang saya alami. SAya kini hampir 90% mengamalkan produk keluaran Dhatiku & Dunia Rd.  

Sebenarnya dalam kita memilih produk kesihatan, kita harus peka tentang penghasilan produk tersebut. Ianya bukan hanya perlu dilihat Halal dari sudut penghasilan tetapi kaedah serta proses juga amat penting. Perlu lebih sensitif  mengenai hal ini kerana tangan-tangan orang yang bekerja untuk menghasilkan produk ini perlu dari orang Islam yang menjaga solatnya, akhlaknya serta pertuturan semasa penghasilkan kerana apa yang kita makan itulah yang akan membentuk jiwa&rohani kita.

Perkara ini dapat dilihat sendiri pada hari ini, yang mana masalah sosial yg menimpa remaja-remaja sekarang sangat jauh menyimpang dari nilai akhlak sebenar orang Islam serta budaya masyarakat melayu juga. Secara kasarnya bagi sesetengah pihak menyangkal perkara ini tetapi dan menganggap ianya bukan daripada salah satu faktor keruntuhan moral tetapi berbalik dr apa yang berlaku itulah hakikat. Perlunya muasabah diri kerana realititnya benih yang baik akan membuahkan hasilnya yang baik tetapi jika benih itu kotor maka hasilnya juga tentunya kurang baik.

Sekian ini coretan saya yang dapat saya kongsikan. Yang baik datangnya  Allah swt &  yang lemah itu datangnya dari saya sndiri.
Wassalam...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan