Jumaat, 16 Disember 2011

Catatan di Penghulu Hari

Selamat Sore.. Dihari yang begitu lesu ini, sedikit mengingatkan aku tentang kampung halaman. Rindunya ngan suasana kg tercinta. Bunyi ayam, riuh rndah anak-anak jiran yang sbuk nk kesekolah. best..best.. Sejuk jee rasa. x yah pikir pape pun..

Ni time rehat jap, tu yang luangkan masa jap untuk menulis blog, terasa nak menaip jee. taip la pape pun. sesambil dengar kuliah agama Ust Azhar Idrus. Esok da nak ke satu destinasi dimana yang dipanggil destinasi bahagia. hahhaa Susah jugak upenya time2 mcm ni nk dapat ayat sentimental.. Patutla aku selalu terluang menulis blog pada tengah malam jee.. senyap tanpa sebarang bunyi. Bunyi yang biasa menjadi teman aku menulis hanya bunyi putaran kipas, cengkerik & kekadang bunyi cicak yang merupakan makhluk yang aku kureng suke. hehehe..

Dah lama x keluar ngan kawan2. Sebelum ni rajin sngt keluar. Dah ada transport sndiri kuar sendiri je laa. kawan-kawan pun sbuk skarang ni. Akhir2 ni banyak habiskan masa juge dengan WARISAN. Rapatkan diri dengan kelompok veteran. X mengapala, bagus pe kalu banyak dekati orang-orang veteran ni.

Hampir 10 bulan x berhubung dengan sahabat. mane pegi ekk..? Mybe da ada kehidupan baru kot. Tapi knapa mesti dirahsiakan? senyap gitu jee. Kekadang timbul gak perasaan rindu pada memori lalu tapi sume itu hanya tanggal memori. Harap sahabat gumbira dengan kehidupan dia. Insyallah memori bersama sahabat tak  akan pernah padam dalam ingatan. 10bulan berlalu macam2 perubahan yang  berlaku pada diriku & mungkin jua pada sahabat. Ingin sekali rasa dihati ingin menjejakinya tapi erm.. no point...

Ape yang pernah menjadi impian selama berkurun lamanya telah berjaya direalisasikan oleh ku. Alhamdulillah, syukur atas kurniaan yang Esa.

Benar kate pujangga, kegembiraan tdak selalunya beriringan. Ianya akan disusuli juge dengan kedukaan. Kedukaan juga yang akan menjadi kekuatan pada diri untuk menempuhi segala cabaran. Insyallah. Aku bermohon agar kehidupanku sentiasa dilimpahi rahmat serta hidayah olehNya. Juga bermohon diri ini sentiasa dibajai dengan benih kesabaran untuk menghasilkan pucuk ketabahan serta bunga keceriaan. Amin..
Setakat ini dulu..permisi untuk meneruskan misi kerja lak..



Tiada ulasan:

Catat Ulasan