Jumaat, 20 April 2012

KEMBALINYA DIA KE RAHMATULLAH

Tanggal  18 April 2012, telah pergi nya seorang ibu saudara tercinta dikalangan keluarga aku. Perginya mengadap Allah yang satu. pukul 4.50 pg aku dikejutkan panggilan oleh adikku, Azro tentang kematian arwah. Dengan keadaan yang sedikit mamai, tipu kalu nk katekan aku tak terkejut tapi antara kejutan tu aku masih boleh bertenang. Setelah semuanya sanak saudara di bangi maklum dengan berita tersebut, kami semua bersiap untuk pulang. aku bertiga bertolak tepat pukul 6pg.

Dalam pukul 11 suku aku sampai kat umah arwah, first jmpa adik spupu, Shikin, anak tunggal arwah. setelah bersalam dan memeluk eratnya sesambil juga aku meniup semangat utk beliau bersabar. di tahan airmataku ini.memang terasa ralat utk aku jejak ke atas rumah, namun digagahkan kaki. sampai je atah umah, kak na (kak sepupu) bagitau muka arwah baru saje ditutup. Time tu perasaan ni da rasa macam2 da, sedih, menyesal. Kallu aku yang bertolak paling awl ni x smpat tengok, yang lain apetah lagi..Ketika tu Maksu datang bersalaman dan memelukku jua, time tu jugak rembesan air mata mula memenuhi kelopak mata.

Sementara itu juga, bahuku disapa oleh seseorang, bila dipandang rupanya kawanku merangkap ank sepupuku iaitu Ida. Time tu la aku memeluk ida & memang x tertahan lagi airmataku ini..Sebak terasa ketika melihat jenazah diturunkan dari rumah n dibawa ke surau berdekatan iaitu Surau Ayam Itam. Sampai di sana, baru lah nampak beberapa sepupu ku yang lain tiba di surau dengan keadaan yang sorang terkocoh-kocoh berlari ke surau untuk menyembahyangkan arwah..

Sejurus selepas itu, jenazah dibawa ke Tanah Perkuburan Bukit Tok Beng, dimana menempatkan arwah nenek, datuk, ibu serta bapa saudara. Setelah semua membantu dlm proses kebumikan jenazah. Talqin dibacakan oleh Ust Khairuddin iaitu anak sedara arwah juge..

Selepas semua selesai Ust Khairuddin sekali lagi memohon setiap daripada kami agar menghalalkan, memaafkan sekiranya arwah ader mengecilkan hati mereka, berhutang atau sebaliknya juga. Semoga arwah pergi dengan tenang.

Bagi kami, saat meninggalkan tanah perkuburan itu merupakan saat yang paling pilu, susah untuk dizahirkan dengan kata-kata. Pemergiaannya bagaimana satu panahan bagi kami kerana beliau juga merupakan seorang yang ceria. Setiap bual bicaranya sentiasa diselangi dengan gelak ketawa. Semua itu hanya kenangan bagi kami. Kehilangan yang begitu terasa kerana suasana kami membsar memang didepan matanya. sudah seperti anak beliau sendiri.

Walaubagaimanapun ini semua sudah suratan takdir, yang hidup akan mati. Kami redha dengan ketentuanNya.Aku sendiri pun masih seperti kebingungan lagi tentang ketiadaannya.. Sangat janggal.. Terasa seprti dia ader jee.. ermmm..aku berdoa agar arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang solehah..
amin..

Al-Fatihah..~


Tiada ulasan:

Catat Ulasan