Jumaat, 13 April 2012

NIKMAT SAKIT

Assalamualaikum di penghulu hari. Salam kerinduan pada Baginda Rasulillah, para sahabat  serta saudara Islam. Syukur atas nikmat yang dikurniakan oleh Nya. Masuk hari ini da 2 hari kesihatan aku tidak begitu menginzinkan untuk aku melakukan rutin kerjaku.. Pening, batuk, demam, muntah...Begitu membosankan tapi bersyukur mungkin Tuhan menghadiahkan ku sedikit ruang utuk aku merehatkan badan.

Wakaf Tapai, Ajil.
Hampir 2 hari berehat,  2 bijik buku boleh dikhatamkan. Malam tadi 'Biografi Osama Bin Laden' berjaya di baca olehku. Buku tu telah lama dibeli, klu x salah mungkin akhir bulan Oktober 2011 tp kesempatan untuk aku habiskan tetap juga belum dan hari ini buku bertajuk 'Surat Rasulillah menggegarkan Dunia' sedang dibaca.

Sebenarnya banyak buku yang dibeli tapi masih juga belum sempat aku baca. Memang aku suke membeli buku. tapi nak membaca tu makan masa sikit, tengok mood. Tempat biasa aku pergi ada di MPH Alamanda. Suke lepak kat situ.  Alangkah indahnya dapat baucer rm500 utk beli buku kat situ. Insyallah dlm masa 2 jam akan ku habiskan dengan membeli buku-buku yang insyallah jua berfaedah.

Bila tahap kesihatan diuji, baru sedar nikmatnya hidup dengan badan yang sihat. Oleh itu jaga la kesihatan sebaiknya. Jika Tuhan berkehendakan diri sakit. Bersyukurlah jua dengan ujian sakit kerana ujian itu juga adalah kafarah dosa. Wallahualam...



Tiada ulasan:

Catat Ulasan