Sabtu, 17 September 2011

NOVEL SEJARAH ISLAM

NOVEL; BILAL BIN RABAH -Pengumandang Seruan Langit. HARGA: S/M: RM26.00  S/S: RM29.00
Bilal Bin Rabah dilahirkan di Kota Mekah sekitar tahun  43 Sebelum Hijrah. Beliau melalui Jalan Keras bagi mendapatkan Islam. Dijemur di padang pasir yang membara, ditindih dadanya dengan batu yang keras, namun imannya semakin pijar dan jiwanya semakin kental.

Akhirnya kemuliaan datang kepadanya. Beliau menjadi sahabat Rasulullah, dan menjadi juruazan yang tersanjung. Hingga kini, namanya harum dan diabadikan kepada setiap juruazan didunia.

Novel sejarah ini, bercerita tentang Bilal Bin Rabah, lelaki yang tubuhnya diseksa semahu-mahunya, namun bibirnya tetap melantunkan "Allahu ahad, Allahu ahad...."


KHALID AL WALID - Memburu Syahid. Harga S/M: RM32.90  S/S: RM 35.90
Khalid bin Walid adalah panglima tentera Islam yang terulung yang memberikan banyak sumbangan kepada penyebaran Syiar Islam. Moyangnya bernama Marrah dan bertemu nasabnya (keturunannya) dengan Nabi Muhammad SAW, Khalifah Abu Bakar As-Siddiq dan Khalid al-Walid berasal dari keturunan yang sama.

Dilahirkan dalam keluarga yang dihormati kerana bapanya, Walid bin al-Mughirah adalah pemimpin Quraisy yang dihormati oleh kaumnya. Walid terkenal dengan kekayaan dan sifat pemurahnya sehingga mendapat gelaran Adil Wahid atau orng pemurah nombor satu. Ibunya bernama Lubabah al-Sughra. Lubabah adalah anak perempuan Haris, pemimpin Quraisy yang dihormati. Dia juga merupakan adik kepada Maimunah, Isteri Nabi Muhammad SAW.

Sejak kecil lagi Khalid sudah dilatih menjadi pahlawan. Dia cekap menunggang muda dan mahir menggunakan senjata. Dia disegani dan dihormati kerana kemahirannya itu. ketika usianya masih muda, khalid sudah diberi tanggungjawab sebagai ketua yang memimpin tentera berkuda Quraisy. Khalid menunjukkan kecekapannya memimpin pasukan tentera berkuda Quraisy dalam perang Uhud yang berlaku pada hari Sabtu bersamaan dengan 3 Hijrah. Dengan kepintaranya, pasukan tentera berkuda Quraisy berjaya mengalahkan tentera Islam dalam perang Uhud. Khalid terus memusuhi Islam hingga tahun 6 Hijrah.

Selepas memeluk Islam, Khalid dilantik menjadi panglima perang dan mendapat gelaran Saifullah atau pahlawan Pedang Allah. Khalid al-Walid sudah menyertai 50 peperangan dan memperolehi kemenangan dalam semua peperangan itu. Dia terus menjadi panglima perang sehingga Khalifah Abu Bakar As-Siddiq meninggal dunia. Apabila Umar al-Khattab menjadi khalifah, jawatan Khalid dilucutkan dan tenpatnya diganti oleh Abu Ubaidah bin Jarrah.

Pada tahun 21 Hijrah, Panglima Khalid bin Walid meninggal dunia ketika berumur 58 tahun. Khalifah Abu Bakar As-Siddiq pernah berkata, " Tidak ada lagi wanita yang dapat melahirkan anak seperti Khalid bin Walid."






Tiada ulasan:

Catat Ulasan