IKRAMAH- Penentang jadi Pembela. Harga S/M: RM22.90 S/S:RM25.90 |
Ikramah anak kepada Abu Jahal. Beliau lahir daripada keluarga bangsawan Quraisy. Sejak kecil, dia dididik menjadi seorang pahlawan dan apabila besart Ikramah menjadi seorang panglima muda yang gagah berani, penunggang kuda yang handakl dan banyak pengalaman berperang.
Sebelum memeluk Islamm, Ikramah bin Abu Jahal amat memusuhi Nabi Muhammad SAW sama seperti ayahnya, Abu JAhal. Kebencian Ikramah semakin menebal selepas ayahnya terbunuh dalam Perang Badar.
Beliau tertarik dengan keperibadian Rasulullah yang mulia. Rasulullah tidak membenci ataupun membalas dendam kepada Ikramah walaupun dia pernah menyatakan beliau adalah musuh utamanya.Ikramah termasuk salah seorang panglima perang pasukan Quraisy yang handal dan gagah berani serta banyak pengalaman.
Akhirnya dia menjadi pahlawan Islam yang gagah berani dan gugur syahid dalam Perang Yarmuk.
Akhirnya dia menjadi pahlawan Islam yang gagah berani dan gugur syahid dalam Perang Yarmuk.
SALAHUDIN AL AYUBI - Penakluk Jerusalem. Harga S/M: 26.90 S/S:RM29.90 |
Nama Sebenarnya Yusof, Lahir di Tikrit (Iraq) pada tahun 543H atau 1138M. Sejak kecil, Salahudin diasuh oleh bapa saudaranya, Asadudin (seorang panglima tentera) dengan ilmu ketenteraan dan diasuh oleh ayahnya dengan ilmu agama. Semasa kecil hingga menngkat dewasa, kehidupan Salahudin ssama seperti kanak-kanak yang lain kerana tidak ada tanda-tanda dia akan menajdi masyhur apabila dewasa kelak.
Apabila meningkat dewasa, beliau menjadi pemuda yang cekap menunggang kuda lalu menyertai tentera berkuda Sultanb Aleppo. Salahudin Ayubi berubah menjadi seorang yang sangat cintakan Islam. Beliau bercita-cita merebut kembali Baitul Maqdis daripada kekuasaan tentera Kristian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan