Sabtu, 17 September 2011

HINA TANPA SEDAR - Bahan bacaan mengandungi ayat al-Quran yang tidak sepatutnya diletakkan merata tempat. (KERATAN AKHBAR METRO)

Rahmat menunjukkan antara bahan bacaan yg mengandungi ayat Al-Quran


KAJANG: Sikap sesetengah umat Islam memandang remeh ayat al-Quran yang ditulis di kad jemputan perkahwinan atau di cakera padat (CD) agama dengan meletakkannya di merata tempat secara tidak langsung melakukan penghinaan terhadap ayat suci itu.
Walaupun hanya tertera kalimah Bismillah dalam bahasa Arab di kad jemputan perkahwinan maknanya tetap sama, sekali gus perlu mendapat penghormatan seperti kitab al-Quran dan jika mahu dilupuskan ia mesti melalui tertib tertentu.

Pengurus Percetakan Saufi yang menguruskan tempat pelupusan al-Quran, Rahmat Mahdan, berkata selain al-Quran, ada di kalangan umat Islam terlepas pandang petikan ayat suci itu yang ditulis di tempat lain seperti barang perhiasan, seramik, jam dinding, pinggan, sejadah atau kaset agama.
“Al-Quran ialah mukjizat yang diturunkan Allah kepada Rasulullah SAW, jadi dalam apa juga bentuk ia mesti dihormati dan dimuliakan kerana darjatnya yang tinggi.

“Misalnya dalam CD agama yang mengandungi bacaan al-Quran, sewajarnya ia dihormati sama seperti kitab, namun ramai di kalangan kita tidak mengambil berat soal ini sehingga dibuang atau diletakkan di tempat tidak sepatutnya. Kalau kad kahwin seeloknya ditulis terjemahan al-Quran bagi mengelak ia dibuang di merata tempat selepas habis kenduri,” katanya yang ditemui di Batu 9, Cheras, di sini, baru-baru ini.

Rahmat berkata, sejak mengusahakan tempat pelupusan al-Quran bersama ahli keluarga, dia bukan saja menerima kitab al-Quran sama ada uzur atau tersalah cetak, malah barang lain seperti ukiran kayu dan kulit kambing, kepingan kaca hiasan, kitab pengajian agama, buku teks, kad kahwin, kain, kaset, pita video dan CD mengandungi ayat al-Quran.
“Kesedaran perlu wujud di kalangan umat Islam mengenai perkara ini supaya kesucian ayat al-Quran terpelihara kerana dalam apa juga bentuk, maknanya tetap sama,” katanya.

Di sebalik tanggungjawab fardu kifayah yang dilaksanakannya itu, Rahmat kesal kerana ada pihak memandang hina tugas dilaksanakannya, malah disebabkan marah, kitab al-Quran turut mendapat penghinaan.
“Saya buka tempat ini tanpa mendapat pembiayaan mana-mana pihak, jadi apabila ada orang mahu menghantar al-Quran, saya meminta sumbangan untuk menggaji pekerja, membayar bil elektrik serta kos operasi lain, namun ada di kalangan mereka menganggap ia umpama menjual surat khabar lama di tempat kitar semula dan mengharap wang daripada saya.

“Menguruskan pelupusan kitab suci memerlukan tertib tertentu dan saya memerlukan sumbangan kewangan, tetapi disebabkan tidak mahu membayar ada yang memberi ‘kata dua’ supaya saya menerima al-Quran dibawa atau ia akan dicampak ke tengah jalan. “Ada juga yang meninggalkan kotak mengandungi kitab suci ini di depan pejabat tanpa pesanan atau akad semata-mata tidak mahu membayar kos operasi pelupusan,” katanya.

Menurutnya, tujuan dia membuka pusat pelupusan itu bukan untuk mengaut keuntungan sebaliknya rasa tanggungjawab selepas mendapati al-Quran dibuang sesuka hati di tempat kitar semula selain tidak mendapat penghormatan sewajarnya.
LUPUS...Rahmat menunjukkan antara kitab al-Quran yang akan dilupuskan kerana mengandungi kesilapan

“Apabila ada orang yang menghantar kitab lama dan membuat sumbangan, kami akan memberi al-Quran baru sebagai menghargai mereka, namun masih ramai yang tidak faham usaha kami sehingga membuat tuduhan dan menghina kami,” katanya.

Rahmat berharap jabatan agama Islam serta agensi berkaitan bekerjasama dengan pihaknya bagi memudahkan fardu kifayah itu dilaksanakan.

“Kerja ini dilakukan atas dasar tanggungjawab dan kami amat mengharapkan bantuan serta kerjasama pelbagai pihak,” katanya.

NOVEL SEJARAH ISLAM - Part 3

UTHMAN BIN AFFAN- Pengumpul Al Quran. Harga S/M:RM24.00  S/S: RM27.00
Uthman bin Affan mendapat gelaran Zin Nurain yang ertinya memiliki dua cahaya kerana Rasulullah sudah mengahwinkannya dengan dua orang puterinya. Juga antara yang terawal memeluk Islam selepas Abu Bakar As-Siddiq. Beliau antara 10 sahabat Rasulullah yang dijamin masuk Syurga. Terkenal dengan sifat lemah lembut, pemalu dan berbudi pekerti mulia.

Sebagai khalifah yang ketiga, empayar Islam semakin meluas. Paling uatama adalah uasaha beliau mengumpul dan menyusun semula al-Quran yang dikenali sebagai mashaf Uthmani.



ABU UBAIDAH-Pemakluk Parsi. Harga S/M: RM27.90  S/S: RM30.90
Nama sebenarnya Amir bin Abdullah bin Al Jarrah bin Hilal Al Fihri Al Quraisy. Terkenal dengan nama Abu Ubaidah Al Jarrah. Beliau lahir di Mekah dari sebuah keluarga Quraisy yang terhormat. Keluarganya dari kalangan pedangang Arab. Beliau termasuk orang yang awal masuk Islam, selepas Abu Bakar as Siddiq.


Beliau salah seorang sahabat yang dijamin masuk Syurga. Berperawakan tinggi, kurus, berwibawa, bermuka ceria, selalu merendah diri dan amat pemalu. Kerana itu beliau disenangi oleh mereka yang mengenalinya.Selepas menjadi pengikut Nabi Muhammad SAW, abu Aubaidah al-Jarrah sanggup menghadapi kesulitan dan bersifat berani semasa berada di medan perang. Beliau mengikuti semua peperangan bersama Nabi Muhammad SAW. 

Dalam perang Badar, Abu Ubaidah al-Jarrah cuba mengelak daripada bertembung dengan ayahnya yang berada dalam pasukan Quraisy yang menentang Nabi Muhammad. Tetapi ayahnya telah bersumpah hendak membunuh anaknya sendiri kerana menjadi pengikut Muhamad. Abdullah terus memburu anaknya hingga suatu ketika dalam peperangan Uhud Abu Ubaidah al Jarrah terpaksa berdepan dengan ayah sendiri. Dalam pertarungan itu Abu Ubaidah al Jarrah terpaksa membunuh ayahnya. Beliau berasa amat sedih sehingga turun ayat Al-Quran surah Al Mujadalah ayat 22.

Semasa berlakunya Perang Uhud Nabi Muhammad SAW terkena anak panah yang dilepaskan musuh lalu tersangkut pada rahang beliau. Abu Ubaidah al-Jarrah mencabut anak panah itu dengan giginya sehingga giginya tercabut. Nabi Muhammad SAW memberinya gelaran gagah dan jujur. Abu Ubaidah seorang yang zuhud, tidak tamak kuasa dan harta.Dibawah pemerintahan khalifah Umar al-Khattab, Abu Ubaidah al-Jarrah dilantik menjadi ketua pasukan tentera Islam bagi menakluk kota-kota besar yang berada di bawah pemerintahan Rom seperti Damsyik, Aleppo, Hims, Antakiah dan al-Quds si Baitulmuqaddis.

Abu Ubaidah al Jarrah meninggal dunia pada tahun 18 Hijrah di Urdun dalam wilayah Syam, kerana diserang penyakit taun. Jenazahnya dikebumikan di kawasan yang pernah dibebaskannya daripada kekuasaan Rom dan Parsi. Ketika itu beliau berumur 58 tahun. Beliau di kebumikan di Urdun (Jordan).


PERANG KHAIBAR- Penaklukan Kota Khaibar. Harga S/M: RM 24.00  S/S: RM27.00
 KOta Khaibar terletak 150 kilometer dari Madinah. Ia adalah sebuah kubu kaum yahudi yangterbesar meliputi kawasan berbukit dan kawasan pamah. Ia terdiri daripada lpaan buah kubu yang besar dan setiap kubu dilingkungi benteng yang kukuh. Walaupun ia dikepong selama setahun ia tetap tidak mampu ditawan kerana mendapat cukup bekalan makanan dan air. Tentera Rom sudah beberapa kali cuba menakluk Kota Khaibar tetapi tidak berjaya. Ia adalah kubu terkukuh yang pernah dibina.

Selepas perang Khandaq, Yahudi Bani Qainuqa' dan Bani Nadhir yang mendiami Khaibar mula merancang membalas dendam kepada Pihak Islam. Mereka mengajak kaum yahudi lain termasuk Wadi Qurra, Taima', Fadak dan Kabilah Arab Ghafatan sekali lagi menyerang Madinah.

Tentera terbaik di bawah pimpinan junjungan agung bertindak pantas. Rancangan menakluk Kota Khaibar bagi menghalang serangan segera diatur. Akhirnya tentera terbaik pun bersemuka dengan kubu terkukuh dan Perang Khaibar pun bersemarak.




NOVEL SEJARAH ISLAM - Part 2

IKRAMAH- Penentang jadi Pembela. Harga S/M: RM22.90  S/S:RM25.90
Ikramah anak kepada Abu Jahal. Beliau lahir daripada keluarga bangsawan Quraisy. Sejak kecil, dia dididik menjadi seorang pahlawan dan apabila besart Ikramah menjadi seorang panglima muda yang gagah berani, penunggang kuda yang handakl dan banyak pengalaman berperang.

Sebelum memeluk Islamm, Ikramah bin Abu Jahal amat memusuhi Nabi Muhammad SAW sama seperti ayahnya, Abu JAhal. Kebencian Ikramah semakin menebal selepas ayahnya terbunuh dalam Perang Badar. 

Beliau tertarik dengan keperibadian Rasulullah yang mulia. Rasulullah tidak membenci ataupun membalas dendam kepada Ikramah walaupun  dia pernah menyatakan beliau adalah musuh utamanya.Ikramah termasuk salah seorang panglima perang pasukan Quraisy yang handal dan gagah berani serta banyak pengalaman.

Akhirnya dia menjadi pahlawan Islam yang gagah berani dan gugur syahid dalam Perang Yarmuk.


SALAHUDIN AL AYUBI - Penakluk Jerusalem. Harga S/M: 26.90  S/S:RM29.90
Nama Sebenarnya Yusof, Lahir di Tikrit (Iraq) pada tahun 543H atau 1138M. Sejak kecil, Salahudin diasuh oleh bapa saudaranya, Asadudin (seorang panglima tentera) dengan ilmu ketenteraan dan diasuh oleh ayahnya dengan ilmu agama. Semasa kecil hingga menngkat dewasa, kehidupan Salahudin ssama seperti kanak-kanak yang lain kerana tidak ada tanda-tanda dia akan menajdi masyhur apabila dewasa kelak.

Apabila meningkat dewasa, beliau menjadi pemuda yang cekap menunggang kuda lalu menyertai tentera berkuda Sultanb Aleppo. Salahudin Ayubi berubah menjadi seorang yang sangat cintakan Islam. Beliau bercita-cita merebut kembali Baitul Maqdis daripada kekuasaan tentera Kristian.

Salahudin merupakan pahlawan Islam yang terbilang kerana berjaya menakluk Jerusalem dan mengikat perjanjian damai dengan tentera Salib. Novel ini menceritakan secara terperinci strategi peperangan yang digunakan oleh Salahudin dan pasukan tenteranya sehingga berjaya menawan pihak musuh dalam setiap peperangan.

NOVEL SEJARAH ISLAM

NOVEL; BILAL BIN RABAH -Pengumandang Seruan Langit. HARGA: S/M: RM26.00  S/S: RM29.00
Bilal Bin Rabah dilahirkan di Kota Mekah sekitar tahun  43 Sebelum Hijrah. Beliau melalui Jalan Keras bagi mendapatkan Islam. Dijemur di padang pasir yang membara, ditindih dadanya dengan batu yang keras, namun imannya semakin pijar dan jiwanya semakin kental.

Akhirnya kemuliaan datang kepadanya. Beliau menjadi sahabat Rasulullah, dan menjadi juruazan yang tersanjung. Hingga kini, namanya harum dan diabadikan kepada setiap juruazan didunia.

Novel sejarah ini, bercerita tentang Bilal Bin Rabah, lelaki yang tubuhnya diseksa semahu-mahunya, namun bibirnya tetap melantunkan "Allahu ahad, Allahu ahad...."


KHALID AL WALID - Memburu Syahid. Harga S/M: RM32.90  S/S: RM 35.90
Khalid bin Walid adalah panglima tentera Islam yang terulung yang memberikan banyak sumbangan kepada penyebaran Syiar Islam. Moyangnya bernama Marrah dan bertemu nasabnya (keturunannya) dengan Nabi Muhammad SAW, Khalifah Abu Bakar As-Siddiq dan Khalid al-Walid berasal dari keturunan yang sama.

Dilahirkan dalam keluarga yang dihormati kerana bapanya, Walid bin al-Mughirah adalah pemimpin Quraisy yang dihormati oleh kaumnya. Walid terkenal dengan kekayaan dan sifat pemurahnya sehingga mendapat gelaran Adil Wahid atau orng pemurah nombor satu. Ibunya bernama Lubabah al-Sughra. Lubabah adalah anak perempuan Haris, pemimpin Quraisy yang dihormati. Dia juga merupakan adik kepada Maimunah, Isteri Nabi Muhammad SAW.

Sejak kecil lagi Khalid sudah dilatih menjadi pahlawan. Dia cekap menunggang muda dan mahir menggunakan senjata. Dia disegani dan dihormati kerana kemahirannya itu. ketika usianya masih muda, khalid sudah diberi tanggungjawab sebagai ketua yang memimpin tentera berkuda Quraisy. Khalid menunjukkan kecekapannya memimpin pasukan tentera berkuda Quraisy dalam perang Uhud yang berlaku pada hari Sabtu bersamaan dengan 3 Hijrah. Dengan kepintaranya, pasukan tentera berkuda Quraisy berjaya mengalahkan tentera Islam dalam perang Uhud. Khalid terus memusuhi Islam hingga tahun 6 Hijrah.

Selepas memeluk Islam, Khalid dilantik menjadi panglima perang dan mendapat gelaran Saifullah atau pahlawan Pedang Allah. Khalid al-Walid sudah menyertai 50 peperangan dan memperolehi kemenangan dalam semua peperangan itu. Dia terus menjadi panglima perang sehingga Khalifah Abu Bakar As-Siddiq meninggal dunia. Apabila Umar al-Khattab menjadi khalifah, jawatan Khalid dilucutkan dan tenpatnya diganti oleh Abu Ubaidah bin Jarrah.

Pada tahun 21 Hijrah, Panglima Khalid bin Walid meninggal dunia ketika berumur 58 tahun. Khalifah Abu Bakar As-Siddiq pernah berkata, " Tidak ada lagi wanita yang dapat melahirkan anak seperti Khalid bin Walid."