Sabtu, 25 Mei 2013

Memori Of my Birdey..

Assalamualaikum...

Alhamdulillah saya diberi keizinan lagi olehNya untuk berada disini utk mencatatkan segala apa yang perlu. Semalam merupakan tarikh ualngtahun kelahiran saya. Alhamdulillah syukur masih diberi nafas olehNya.

MyMenuYesterday..
Orang yg 1st celebrate adalah BFF aku. Sangat terharu sebenarnya.. lepas beli barang sikit ket Nilai, Kitorang terus drop ke Bangi. Makan di Secret Recipe. Hati kecil selalu berkata,  Aku sangat bersyukur dikurniakan seorang insan yang bernama Rosmawati kerana dia selalu bersama aku walau apa jua keadaan aku. Bila dia ada, aku rasa sangat kuat. Tapi tak bermakna aku x bersyukur dikurniakan keluarga, sepupu2 yang sangat memahami. Tuhan itu Maha Adil. Dia datangkan orang2 yang kuat untuk berada disekelilingku & terus menjadikan aku orang yang tak mudah patah semangat. Mereka juga merupakan sumber inspirasi utk aku pergi lebih jauh. Kawan & Sahabat adalah sangat berbeza. Mereka sume adalah sebagian hadiah juga buat aku.

Mekkkk ct Cotekkk


Apa juga keadaan jangan sesekali lupa padaNya kerana hanya dia merupakan Perancang paling Agung. Mengadu padanya merupakan satu nikmat yang luar biasa yang sukar untuk dimengertikan dengan kata-kata. Ketika kita diduga, kenapa terfikir ujian ini diberikan kepada kita? Tapi banggalah kita kerana ujian ini diberikan pada yng terpilih untuk menguji tahap keimanan kita kepadaNya. Adakah kita telah melupaiNya..

Belajar untuk menerima sesuatu dugaan dengan tenang adalah lebih besar nikmatnya berbanding dari hanya merungut tentang ujian yang diterima. Jangan sesekali merasa kecundang atas ujian ini. Ayuh terus bangkit untuk menunjukkan betapa istiqamah kita terhadap ujian dariNya....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan