Assalamualaikum...
Alhamdulillah saya diberi keizinan lagi olehNya untuk berada disini utk mencatatkan segala apa yang perlu. Semalam merupakan tarikh ualngtahun kelahiran saya. Alhamdulillah syukur masih diberi nafas olehNya.
MyMenuYesterday.. |
Mekkkk ct Cotekkk |
Apa juga keadaan jangan sesekali lupa padaNya kerana hanya dia merupakan Perancang paling Agung. Mengadu padanya merupakan satu nikmat yang luar biasa yang sukar untuk dimengertikan dengan kata-kata. Ketika kita diduga, kenapa terfikir ujian ini diberikan kepada kita? Tapi banggalah kita kerana ujian ini diberikan pada yng terpilih untuk menguji tahap keimanan kita kepadaNya. Adakah kita telah melupaiNya..
Belajar untuk menerima sesuatu dugaan dengan tenang adalah lebih besar nikmatnya berbanding dari hanya merungut tentang ujian yang diterima. Jangan sesekali merasa kecundang atas ujian ini. Ayuh terus bangkit untuk menunjukkan betapa istiqamah kita terhadap ujian dariNya....