Jumaat, 20 April 2012

KEMBALINYA DIA KE RAHMATULLAH

Tanggal  18 April 2012, telah pergi nya seorang ibu saudara tercinta dikalangan keluarga aku. Perginya mengadap Allah yang satu. pukul 4.50 pg aku dikejutkan panggilan oleh adikku, Azro tentang kematian arwah. Dengan keadaan yang sedikit mamai, tipu kalu nk katekan aku tak terkejut tapi antara kejutan tu aku masih boleh bertenang. Setelah semuanya sanak saudara di bangi maklum dengan berita tersebut, kami semua bersiap untuk pulang. aku bertiga bertolak tepat pukul 6pg.

Dalam pukul 11 suku aku sampai kat umah arwah, first jmpa adik spupu, Shikin, anak tunggal arwah. setelah bersalam dan memeluk eratnya sesambil juga aku meniup semangat utk beliau bersabar. di tahan airmataku ini.memang terasa ralat utk aku jejak ke atas rumah, namun digagahkan kaki. sampai je atah umah, kak na (kak sepupu) bagitau muka arwah baru saje ditutup. Time tu perasaan ni da rasa macam2 da, sedih, menyesal. Kallu aku yang bertolak paling awl ni x smpat tengok, yang lain apetah lagi..Ketika tu Maksu datang bersalaman dan memelukku jua, time tu jugak rembesan air mata mula memenuhi kelopak mata.

Sementara itu juga, bahuku disapa oleh seseorang, bila dipandang rupanya kawanku merangkap ank sepupuku iaitu Ida. Time tu la aku memeluk ida & memang x tertahan lagi airmataku ini..Sebak terasa ketika melihat jenazah diturunkan dari rumah n dibawa ke surau berdekatan iaitu Surau Ayam Itam. Sampai di sana, baru lah nampak beberapa sepupu ku yang lain tiba di surau dengan keadaan yang sorang terkocoh-kocoh berlari ke surau untuk menyembahyangkan arwah..

Sejurus selepas itu, jenazah dibawa ke Tanah Perkuburan Bukit Tok Beng, dimana menempatkan arwah nenek, datuk, ibu serta bapa saudara. Setelah semua membantu dlm proses kebumikan jenazah. Talqin dibacakan oleh Ust Khairuddin iaitu anak sedara arwah juge..

Selepas semua selesai Ust Khairuddin sekali lagi memohon setiap daripada kami agar menghalalkan, memaafkan sekiranya arwah ader mengecilkan hati mereka, berhutang atau sebaliknya juga. Semoga arwah pergi dengan tenang.

Bagi kami, saat meninggalkan tanah perkuburan itu merupakan saat yang paling pilu, susah untuk dizahirkan dengan kata-kata. Pemergiaannya bagaimana satu panahan bagi kami kerana beliau juga merupakan seorang yang ceria. Setiap bual bicaranya sentiasa diselangi dengan gelak ketawa. Semua itu hanya kenangan bagi kami. Kehilangan yang begitu terasa kerana suasana kami membsar memang didepan matanya. sudah seperti anak beliau sendiri.

Walaubagaimanapun ini semua sudah suratan takdir, yang hidup akan mati. Kami redha dengan ketentuanNya.Aku sendiri pun masih seperti kebingungan lagi tentang ketiadaannya.. Sangat janggal.. Terasa seprti dia ader jee.. ermmm..aku berdoa agar arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang solehah..
amin..

Al-Fatihah..~


Jumaat, 13 April 2012

NIKMAT SAKIT

Assalamualaikum di penghulu hari. Salam kerinduan pada Baginda Rasulillah, para sahabat  serta saudara Islam. Syukur atas nikmat yang dikurniakan oleh Nya. Masuk hari ini da 2 hari kesihatan aku tidak begitu menginzinkan untuk aku melakukan rutin kerjaku.. Pening, batuk, demam, muntah...Begitu membosankan tapi bersyukur mungkin Tuhan menghadiahkan ku sedikit ruang utuk aku merehatkan badan.

Wakaf Tapai, Ajil.
Hampir 2 hari berehat,  2 bijik buku boleh dikhatamkan. Malam tadi 'Biografi Osama Bin Laden' berjaya di baca olehku. Buku tu telah lama dibeli, klu x salah mungkin akhir bulan Oktober 2011 tp kesempatan untuk aku habiskan tetap juga belum dan hari ini buku bertajuk 'Surat Rasulillah menggegarkan Dunia' sedang dibaca.

Sebenarnya banyak buku yang dibeli tapi masih juga belum sempat aku baca. Memang aku suke membeli buku. tapi nak membaca tu makan masa sikit, tengok mood. Tempat biasa aku pergi ada di MPH Alamanda. Suke lepak kat situ.  Alangkah indahnya dapat baucer rm500 utk beli buku kat situ. Insyallah dlm masa 2 jam akan ku habiskan dengan membeli buku-buku yang insyallah jua berfaedah.

Bila tahap kesihatan diuji, baru sedar nikmatnya hidup dengan badan yang sihat. Oleh itu jaga la kesihatan sebaiknya. Jika Tuhan berkehendakan diri sakit. Bersyukurlah jua dengan ujian sakit kerana ujian itu juga adalah kafarah dosa. Wallahualam...



Rabu, 4 April 2012

HEMBUSAN PETANG...

Dalam minit balik keje ni, terasa seperti ingin mencoretkan sesuatu pada lembaran blog nie. Ditemani dengan alunan lagu nyanyian Nera AF9-Hatiku Miliku, sedikit menambahkan lagi buaian rasa hehhe.. ish laghaaa tul..  macam2 perasaan je ni rasa.. tensen, majuk hati, marah, redha tp tetap teruskan perjuangan hidup. Perjuangan mencari rezki halal dibumi Bangi ni.


Dgn DJ IKIM; Nik Hasnah @ Dinner Pelancaran TEE-II Skincare
Pe la nak jadi ni, xder semangat tuk improve diri kee? xder rasa bersalah kee..?bleh x jadi orang yang  bertanggungjawab skit.. lelaki kalu jenis endah x endah, pemalas, ataupun bak kate pepatah sekadar melepaskan batuk ditangga. tua muda same jee.. Nak buat banda yang nampak mudah je, yang ade dpn mata, x payah pikir. sume nak kena sembah. Ape kes ni..? Tinggikan suara kan kecik hati lak, abis tu, hati ni sape mau jaga..? "ader keje datang, xder keje x datang, abih ko ingat opis ni opah kau yang punye kee" (mcm dialog dlm filem BOHSIA je..) hahaha

Bkn la nk kondemm sgt tapi sekurangnya biarla ader sedikit perasaan timbang rasa sikit.. Tak pernah ke terfikir rezki yang kite terima dlm kategori barakah ke x..? Kalu dibahas memang la sume x setuju sebab mesti ader yang kate tu kerja Tuhan tp manusia diberi akal untuk berfikir kan. klu keje banyak goyang punggung pahtu every month terima salary..  what do u think?. Bukan la nak kater empunye penulis nie baguus tapi sebagai manusia biasa semestinya banyak perasaan yang timbul. Kalu xde rasa pape tu namanya manusia luar biasa. Aku sangat kesiankan situasi ni sbb mcm sesetangah individu x endah tentang kerja keras individu lain ni.aduyai...Setiap minit amat berjarga baginya.. Aku bukannya jenis orang yang sharp time but at least aku x bazirkan seharian masaku dengan bnda2 yang boleh dikategorikn sebagai banda bodoh. Tapi susah gak kalu jenis yang memang sukar untuk mendengar pandangan @ nasihat orang lain. EGoistik.. Orang jenis mcm ni yang paling aku menyampah nak melayan..Paling2 pun aku akan kate " KOt suke la heh"..

ermm.. dah laa tu.. Sebagai penutup kata. Berusahalah untuk kemajuan diri tanpa mengharap balasan dari orang lain.
Sekian, segumpal bicara pada petang ini hehhe.. wassalam