Semenjak di awal tahun lagi sudah menampakkan perubahan pada kerjaya dan juga 'life' aku.. Sume ini seperti memberi sedikit kejutan pada diri aku. Setiap perkara yang berlaku sangat membuatkan aku lebih berhati-hati pada sekeliling contoh dalam menilai kehidupan. Tapi aapakan daya aku hanya lah manusia biasa yang bisa merasai pelbagai pergolakan perasaan. Oleh itu aku hanya mengambil jalan 'berlapang dada' adalah yang terbaik.
Paling menyeronokkan aku kerap meluangkan masa hujung minggu bersama rakan-rakan yang dahulunya jarang utk kami melakukan pelbagai aktiviti bersama. Tahun ini juga aku berhasrat untuk banyak luangkan masa untuk diri sendiri bersama rakan, serta saudara mara. Bila dah seronok pasti lebih relaks sikit hehehe...
Apa yang aku harapkan setiap detik lalu menjadikan aku lebih matang untuk melalui detik akan datang. Ku mengharapkan setiap langkahku diringi rahmat oleh yang Esa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan