Selasa, 30 Ogos 2011

1 SYAWAL...

Assalamualaikumm.. alhamdulillah syukur dapat melaksanakan rukun islam ke 4. setelah sebulan mengerjakan ibadah puasa dgn penuh kesederhanaan hari ini umat Islam dapat merayakan 1 syawal dengan meriah & gembira dalam suasana aman di Malaysia. Tahun ni juga tahun pertama aku beraya dengan 'pokwe' baru ..,,hahahahaha hehhe... ok pee..

Tahun nie beraya dengan 2 org anak buah sebagai tambahan kerakyatan dalam kerabatku iaitu Afif. Amira cam biasa lah dengan kenakalan dia tuhh yg membingitkan suasana tp cukup ceria. Pagi tadi selepas solat Hari Raya Aidilfitri di Surau bowoh lemboh nung.. Sedara pertana yang berkunjung ialah 3 orang kazenku ja, k ti n ju. Umah Cekde tahun ni di raya pertama x ramai org tp esok mmg ramai sbb ader buat umah terbuka n dijangka ramai yang datang juga sebab selain anok beranok, jiran tetanggga juga dijemput hadir sbb pg tadi selepas solat hari raya, Abg keru telah buat pengumuman jemputan ke rumah cekde .

Tahun ni juga, awl g umah ayah Long di jalan Pusara, biasa g dkt kul 12 tp tahun nie awl lak.. umah ayah Tam g selepas balik dr umah Ayah Long, Umah ayah Tam dah berpinda dkt selekoh Ulu Takir tuh. Umah lama da dirobohkan so xder la sesi jalan kaki lg, kebetulan tu WVQ ade leh gak g ziarah, law x harapkan JJB je laa bawa kiukuiui... Tahun dpn mybe umah cekde x de lgi yg skarang, mybe umah baru tp mesti suasana x sama ngan yg skarang @ sebelumnya.

Oklah sampai sini dulu coretan 1 syawal utk hari ni, nk g tgk pape yg patt dibuat di dapur.. huhuhu.. Gud night..


Rabu, 24 Ogos 2011

PABILA DIRI DIUJI OLEHNYA..

Salam... Syukur kehadrat Ilahi dengan keizinanNya, dapat aku  mengerjakan puasa sehingga hari ini bersamaan 23 ramadhan 24mlm terawih. Tetapi apa yang buat aku ingin perkatakan disini adalah lebih kepada ujian keatasa diriku pada hari ini. Sungguh  meluluhkan hatiku dan sebagai manusia biasa aku tersangat kaget dengan apa yang berlaku keatas diriku pada maghrib tadi. 

Tidak perlu aku detailkan perkara tersebut jelas apa yang ingin aku perkatakan aku tersangat bersyukur atas kejadian yang berlaku kepada diriku td. Kejadian btul2 pada maghrib iaitu selepas azan. Honestly aku mmg  lupa langsung dan tiba dirumah baru aku teringat & bila da tau tu terus dgn lajunya memecut ke opis. Dalam hati Tuhan je yang tahu, terkumat kamit jugak mulut ni berdoa sepanjang perjalanan. Sampai di tempat park & bila tgk keadaan kosong, hati aku mmg blur x leh kata apa. Rasa mcm skejap org duk tolak menolak aku jee.. jerit jugak la aku dibuatnya.. Terus dail no awi, sebak didada menahan. Awi lak sedap2 duk makan tuh masa aku kol. Sepantas Ferrari jugak awi sampai.

Aku hnya sempat berbuka dengan air zam-zam & gula2 je.Aku mmg dah x bleh pk time tu.. aku hanya pikir camana nak buat klu btul2 da xder. mmg bukan rezeki lahh... Terus g solat maghrib, doa sampai nangis2 then lepah aku solat, awi g balik DF jap & kepulangannya ke opis cukup menggembirakan. Ku panjatkan penuh syukur serta rahmat. Memang nasib menyebelahiku. Apa yang silap aku buat siang td x tau laaa sampai mcm tu skali ujian. Xmampu nk selesaikan dalam dunia ni sebab semua tu adalah amanah. Nilai Amanah lebih besar dari nilai wang.. 

Ku panjatkan penuh syukur. Moga ada hikmah yang nk diberikan kepadaku atas apa yang menimpaku td.. Subhanallah...

Sabtu, 20 Ogos 2011

JEMAAH LAPOR POLIS TERGANGGU CERAMAH AZMIL

PETALING JAYA: Seorang bilal bersama beberapa jemaah Masjid An-Nur Kampung Melayu Subang, dekat sini, tampil membuat laporan polis berhubung ceramah berunsur politik dan menghasut yang disampaikan pelakon zaman 80-an yang popular melalui filem Ali Setan, Azmil Mustapha.
Laporan dibuat semalam, di Balai Polis Kampung Baru Subang, ekoran tindakan pelakon itu yang menyampaikan ceramah di hadapan kira-kira 300 jemaah sebelum solat Tarawih.

Bilal 1 masjid berkenaan, Mohd Sani Nasib, berkata ceramah berunsur politik di dalam masjid tidak wajar kerana mengganggu amal ibadat orang lain.
Katanya, disebabkan ceramah itu, kira-kira 20 jemaah tidak sempat melakukan solat Tarawih dan pulang ke rumah ekoran tidak mahu dihasut.

“Dalam ceramahnya, dia menuduh kerajaan tidak mengamalkan ajaran Islam kerana sekolah mengikut acuan kafir dan tidak wujud sekolah Islam.

“Azmil turut mempertikaikan perlembagaan sekarang yang perlu ditukar kepada keluhuran al-Quran selain tidak perlu mengagungkan Sultan dan Yang Dipertuan Agong serta yang perlu diagungkan adalah Tuhan,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan laporan polis, semalam. Menurutnya, pelakon itu berulang kali mengeluarkan perkataan Melayu bodoh.
“Azmil turut mempertikai pertemuan antara Perdana Menteri dengan paderi Kristian dan menyatakan mempunyai niat tersembunyi di sebalik pertemuan itu. Selain itu, turut mempertikaikan Dasar Ekonomi Baru dan perlu ditukar kepada Dasar Ekonomi Bodoh,” katanya.

Sementara itu, Azmil berkata, dia tidak berniatmemberi ceramah politik kerana tidak pernah terbabit parti politik.
“Saya tidak pernah mendaftarkan diri sebagai pemilih dan hanya berniat untuk memberi ilmu agama,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

SEMINAR SISTEM AFFILLIAT

Salam
13Ogos lalu, aku menghadiri seminar sistem ni yang berlansung di Bangi Golf Resort. Seminar itu terhad dan dihadiri oleh beberapa ahli yang aktif iaitu di Seri kembangan, Subang Jaya serta Shah Alam. 3 Wakil ini adalah diantara mereka yang dari awal bersama kami. Seminar itu berlansung selama 3 jam lebih.

Penerangan berkenaan sistem
RD punye produk


yang berjubah pink tu dah ramping skarang.. poket pun masyukkk jee
 Walau x ramai at least dpt ilmu.. best jugakk.. kul 1 lbh rasanya abis.Pahtu balik opis jap sbb cstomer nakdatang amik barang .. kul 2 lebih aku balik umahh.. rehat sejam kuar balik g beli sedikit barang dapur untuk di masak. Pape pon best la. Harap2 produk ni akan pergi lbh jauh sbb ramai yng minum nampak keberkesanannya.. Aku je kureng nampak sbb x konsisten minum,.. Btul2 minum mmg ..perghhhhh lahh hahaahha

Rabu, 17 Ogos 2011

KERINDUAN MENJELMA


Lame x menulis blog nie, nak kate x sempat tu xder laa.. cuma mood nk type n letih tu telah mengusai diri so x leh buat pape lah. 11 Ogos lalu, alhamdulillah aku nak sesuatu & salah satu kehendak impian ku selama ini. Ini juga merupakan kemuncak serta hasil dari titik peluhku mencari rezeki di bumi Selangor ni. Syukur atas Nikmat serta limpah kurnia dr yang Esa.

Pantasnya masa berlalu, tanpa sedar kita berada dipertengahan Ramadhan yang sangat mulia. Cukup sempurnakah amalanku..? Jika nak dibandingkan memang tiada yang sempurna akan tetapi tetap bersusaha untuk ke arah itu. Ramadhan kali ini juga aku berhasrat untuk khatam Al-Quran & setakat ini  bau JUz 13 tp campur dengan yang sebelum pose hehehehee...khatam kali ni ader fght dengan anak buah gak. klu x smpat khatam ni malu beso ni hehehe..

Papepun biasa lah aku tetap mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna. Macam lirik lagu Man Bai & Raihan - Mengharap Ramadhan. Hari ni ader berbuka di luar dengan geng2 warisan. Ader jemputan rasanya di Restoran milik Datuk Sarip Jajang; bekas ADUN Bangi rasanya. alhamdulillah syukur depa x lupakan kami, that mean kelompok warisan.

Tahun ni beraya sakan skit, bukan sakan pe, sakan berjalan2 ke umah kwn laa.. abih umah la aku pegi. Maklumlah tahun ader transport sendiri. Tahun lepas sakan sikit je sbb pakai kete kakak. Apepun akuk sangat bersyukur dengan limpah kurnia rzeki kepadaku. Amin.

Sabtu, 6 Ogos 2011

ANGGOTA BADAN MILIK WANITA, BUDAK

ANGKAT...anggota polis mengangkat mayat yang ditemui.
ANGKAT...anggota polis mengangkat mayat yang ditemui. 
NGERI...kaki yang ditemui dalam tandas.
NGERI...kaki yang ditemui dalam tandas.

AMPANG: Misteri penemuan anggota badan yang dikerat lebih 15 bahagian di beberapa tempat dan dalam tiga bungkusan plastik di sebuah pangsapuri terbiar di tingkat lima Blok Chryssa, Apartmen Astaria, di sini, terjawab apabila ia disahkan milik seorang wanita dan seorang kanak-kanak.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin, berkata anggota badan yang dikerat itu milik wanita dipercayai berusia 20-an dan kanak-kanak lelaki berusia lima hingga enam tahun.

“Hasil bedah siasat mendapati anggota badan yang dimasukkan dalam bungkusan plastik itu milik kanak-kanak manakala anggota badan yang ditemui dibuang di beberapa tempat termasuk tandas milik seorang wanita.
“Bagaimanapun, identiti kedua-dua mangsa itu belum dapat dikenal pasti. Cap jari mayat wanita sudah diambil untuk semakan lanjut,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, polis masih menyiasat kes terbabit bagi menyemak laporan kehilangan individu selain beberapa perkara lain yang boleh membantu siasatan.

Pihaknya tidak menolak kemungkinan dua mayat terbabit mempunyai kaitan talian darah, namun identiti mangsa dan punca kematian masih dalam siasatan.

Harian Metro semalam melaporkan bau busuk di sebuah pangsapuri sejak Sabtu lalu terbongkar apabila pihak pengurusan menemui kaki kiri manusia yang sudah berulat dan beberapa organ manusia dalam tandas di tingkat lima Blok Chryssa, Apartmen Astaria, di sini.

Difahamkan, beberapa anggota badan manusia turut ditemui dalam tiga bungkusan plastik di atas siling tandas dan beberapa tempat dalam rumah berkenaan


 keratan akbar tabloid - Harian Metro

Ape nak jadi dengan sikap masyarakat skrng... hilangnya akhlak, perikemanusiaan, kasih sayang sesame insan.Begini kah sikap manusia dikakhor zaman. manusia sudah tidak takut lagi pada hukuman Allah. kejahilan yang berlaku pada harini salah siapa? diri sendiri? ibubapa? ketua masyarakat? pemimpin negara? tu sume akan disoal di akhirat kelak

BERCUTI LAGI DI TERENGGANU MEI 2011


Haaaaa.. kali ni aku bercuti lagi, kali ni ada sesi ronda-ronda bersama tiga sekawan iaitu aku, ct & Jan (Haniza Hasan).Kebetulan aku balik kali ini, Jan pun der kt kampung gaks..kli ni balik skali dengan niah tp x sempat nk g jalan2 ngan Niah. Dia sbukk g jalan2 ngan family dia smpai x smpat nak join aktiviti kami. Ni gmbo-gambo mase kat Bandar K.Trg ala dkt kedai Payang je, muzium n Perkarangan masjid Kristal.

Jeti Bot penambang Seb Takir

depan pintu masuk muzium terbesor di malaysia

Jan, sikecik farah &siti dgn replika batu bersurat

Depan Galeri Tekstil

dengan siti

sudut kraf  cam galeri kanak-kanak dgn si kecik Farah

Besoo kan tudung saji, korang ade kerr??

Berlatar belakang kasjid kristal, nak masuk tp park penuhhh..

tmpat nak maih kayuh2 tuu, pe nama ntahh

Jan yang seronok berkayuh.. aku x kayuh..hak hak hak..

ct yg seronok berkayuh sampai xnak turun

Singgahsana Baginda Sultan Terengganu

BERCUTI DI TERENGGNU PD MAC 2011

Sesaje jee nak upload gambo percutian dikampung, maklum la time ni aku balik skali ngan ct . Sebelum nk blik ni mcm2 alasan diberi ni, ye lahhh maunye x kejak aku kate nak balik kejak kate x nk balik.. mase balik ni rsnya nk  cuti raya cina. Org pertama yang pujuk aku suh balik sape lagi kalu bukan siti. Dia ar pandai2 wat muka sebek.. mula2 aku kate x nak balik dibangkng keras olehnyaa.. mcm2 di kutuknya aku mase aku kate x nak balik.. aku mase tu berbelah bagi nak balik ke x.. aduyai kengkawann...

Kebetulan pulak Shela & Niah balik gak, minah ni duk teluk ketapang. Keje kat CiDB Kl kot tp stay Sentul laa.. Niah duk Klang, Ngajar kat sek. Sri Andalas. aku upload kenangan selepas jumpa kat pantai airport. Ni pun da lewat nie, da kul 7 lebih. klu dah waktu tu mknanya da maghrib laaaaa...

 
Shila, Aku, Niah & Siti

with lovely prem, ct

With Cikgu Niah,

And with Shila




 Mereka sume ni adalah kawan2 sekampung n sekolah. shila dinatara yang paling lama x jumpa.Biasa la da abis sekolah masing2 da bawa haluan serta cita-cita untuk membina kerjaya dan kehidupan masing-masing.Sesekali jumpa tentu la best. baru ku thu ramai gak rkn-rakan duk kl that mean t selangor. Shila duk sentul, Niah duk Klang, siti duk Kajang n aku laks duk Bangi.

Bile tengok gambo time ni, tembam plak napok aku tuhhhhh.. ermmm xpe skrng dah slim skit.. hhehehe.. pe susah mysecret kan aderrr...