Khamis, 27 Disember 2012

Warkah Hati...

Salam tengah malam......

Cantik sangat bulan malam ni.. cerah menyinari alam semesta.. damai terasa ketika memandang, kedinginan tenang cukup hebat ketika menghirup udara Malam. Bintang dilangit sibuk memancarkan cahaya..aduhh sungguh cantikk ciptaanNya dan takkan ada tangan-tangan manusia yang dapat menandingiNya..

ma, bak, ayah long & mak long
Alhamdulillah bersyukur kehadrat Illahi Kerana masih diberi ruang bernafas oleh yang Esa. Syukur... time ni mesti ade yang telah tenang tidur dibuai mimpi, tak kurang juga ada yang masih sibuk dengan urusan masing-masing. Kesibukan yang menuntut seseorang untuk bekerja lebih masa bagi melunaskan tanggungjawab pada diri, keluarga, agama & negara. Akan tetapi sejauh mana pun kita jangan pernah ada untuk lupakanNya..



Diribaan ibuku..
Buat ibubapaku dikampung yang amat dikasihi, anakmu ini takkan pernah lupe untuk  mendoakan akan kesejahteraan mu. Salam ingatan juga untuk adik beradik serta sanak saudara. Takkan ada putus pertalian selagi darah kalian mengalir dalam tubuhku. Cumanya kekangan masa dan  keadaan yang membuatkan kita agak sukar untuk bersua. Apapun halangan nama keluarga tak akan pernah pupus dalam lubuk hati.

Buat rakan-rakan, sahabat dan kenalan tercinta, mengenali kalian merupakan satu nikmat yang amat besar buatku. Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Dan setiap kekurangan itu ku jadikan sebagai satu bentuk  motivasi diri untuk lebih mengenali kalian dan kelebihan diri kalian ku jadikan sebagai satu cabaran umtukku agar lebih cemerlang untuk diri sendiri. Ku akui juga diri terlalu banyak kekurangan dan kekurangan diriku ini janganlah dijadikan alasan untuk kalian menjauhkan diri kalian dariku.

Ku akhiri warkah hati inI dengan ucapan selamat malam. Ampun dan maaf dariku buat kalian semua. Tak lupa salam sayang buatmu QaSeh yang jauh diperantauan. Assalamualakum :-)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan