Selasa, 26 Jun 2012

BILA HATI BERBICARA


Salam

Melihatkan tajuk diatas pasti ader yang bertanya-tanya, adakah isi ader kaitan dengan tajuk yang dipaparkan. Jawapannya anda bace, anda faham.. heheehhe

Pointnya  aku sendiri pun x tau..nak susun ayat pun lagi la xtau.. cumanya ape yang aku rasai tidak semua akan aku kongsikan disini. Yang ada hanyalah kiasan semata-mata.  Seperti bait-bait lirik lagu rossa ft pasha .. “aku x mengerti apa yang  terjadi..”  salah satu menjadi klu ape yang aku alami sekarang. Sungguh aku sedikit terkejut, kecewa, bingung, pasrah dengan semua ini.

Aku perlukan mase untuk menerima semua ini. Aku sendiri bingung dengan keadaan ini. Tetapi yang jelas airmata kekecewaan itu mengalir tanpa disedari. Luluh jantung hati bila mengetahui hakikat sebenarnya. Begitu berat untuk aku menerimanya akan tetapi itulah hakikat sebenar yang perlu aku terima. Bagi aku semua ini begitu memeritkan. Tetapi aku juga respek dengan ketelusan bicara hatinya.

Ape ader hikmahkah semua ini? Mengapa terjadi padaku? ……… Aku juga tidak menyangka suasana yang awalnye ceria bertukar menjadi sepi akhirnyaaa.. Jujurnya bukan niat dihati ingin membatukan diri tapi secara automatiknya itulah aku bile emosi menjadi ketua pada akal..

Apepun aku perlu memotiwasikan diriku sejenak waktu. Aku percaya Tuhan akan menguji hambanya mengikut kemampuan. Aku yakin aku boleh lalui semua ini, Insyallah. Aku mohon kekuatan dariMu. Aku mengandaikan ujian ini akan mengukuhkan lagi ukhuwah yang sedia terjalin. Walau ape yang terjadi, percayalah perasaan sayang itu masih ada dan tak akan pernah pudar walaupun seinci…

Yang benar,

Gadis berjiwa kental..

Khamis, 21 Jun 2012

RAHMAT YANG TERSEMBUNYI

Assalamulaikum..

Lame sungguh tiada coretan dibuat di ruangan blog ni.  Perasaan untuk mencoret sesuatu sudah lama kepingin akan tetapi masa serta tenaga yang membataskan segalanya. Alhamdulillah, di pagi yang lesu dengan cuaca yang sedikit redup ditambah pula dengan keredupan tenaga aku untuk meneruskan kerja menyebabkan jari jemari beralih kepada mencoret disini.

Alhamdulillah, syukur kehadrat Illahi dengan apa yang dikurniakan hingga kehari ini. Perasaan syukur tidak pernah terpadam dihati ini walau ape jua dugaan yang diberikan. Sebalik dugaan kecil ini terselit suatu hikmah yang sangat besar yang tidak dapat digambar dengan kata-kata mahupun tafsiran sekeliling. Hingga ke hari ini aku masih dikelilingi oleh sahabat- sahabat, saudara mara yang prihatin, baik. 

Kekadang terselit perasaan yang kurang enak dikalangan sesama sendiri. mengapa terjadi? mengapa perlu ada perasaan tersebut? kerana manusia diberikan akal, perasaan suka atau duka n sebab itu perasaan itu muncul. Jika diperhalusi ia sebenarnya mahu menguji sejauh mana kesabaran, ketabahan, kejujuran setiap hati terhadapat hati sekeliling. Dan aku juga percaya dengan pepatah 'ikut hati mati, ikut rasa binasa'. Jika semua masalah ditangani dengan cara yang paling rasional, Insyallah tidak akan ada masalah yang berbangkit. Aku optimis dalam setiap perkara biar ada yang beranggapan aku menurut setiap kata tapi lain orang lain cara berfikir.

Lebih baik juga menjadi pemerhati, akan tetapi menjadi pemerhati ada dua bahagian. Satu menjadi pemerhati, dalam pada masa yang sama akan mengkaji serta berfikir jalan penyelesaian. Dua sekadar menjadi pemerhati semata-mata tanpa berfikir ataupun bersuara lansung.

Diakhir kata, jangan biarkan emosi mengawal diri sebaliknya biar diri mengawal emosi.